Saturday, August 24, 2013

PENGAMAL KERONCONG

Selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.



P. Ramlee

P. RAMLEE (1929-1973)


Dilahirkan di   Pulau Pinang pada pagi Rabu, Hari Raya Aidilfitri, 22 Mac 1929, Teuku Zakaria merupakan anak tunggal kepada pasangan Teuku Nyak Puteh dan Che Mah Hussin. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa, seterusnya di Penang Free School sehingga Free School sehingga Perang Dunia Kedua dimana beliau memasuki sekolah tentera Laut Jepun (Kaigun).

Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan  menganggotai pancaragam ‘Sinaran Bintang Sore’ pancaragam ‘Teruna Sekampung’ seterusnya berpindah ke pancaragam ‘Mutiara’ dan menggabungkan diri dengan pancaragam keroncong pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Kariernya dalam bidang seni muzik bermula selepas menang dalam pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dimana beliau dilamar  oleh B.S. Rajhans seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura. Di Studio Malay Film Production, Jalan Ampas Singapura, P. Ramlee ditugaskan sebagai penyanyi latar (playback singer) kepada S.Rommai Noor. Beliau berlakon dalam filem pertamanya iaitu Chintadan diberi peluang untuk mengarah filem pertamanya, Penarik Beca yang membawa anugerah ‘Pengarah Terbaik’ pada tahun 1956.

            P. Ramlee menimba ilmu dalam bidang seni muzik dari komposer veteran seperti Zubir Said, Osman Ahmad dan Yusof B. Selain mencipta dan menggubah lagu, P. Ramlee juga menulis lirik bagi lagu-lagu ciptaannya. Oleh kerana hambatan tugas beliau meminta rakan setugasnya untuk membantu menulis lirik lagu iaitu S. Sudarmaji, Jamil Sulong, H. M. Rohaizad dan muridnya, Yusnor Ef. Airmata Di Kuala Lumpur merupakan lagu perpisahannya sementara Laksamana Do Re Miadalah filem terakhir beliau. Sepanjang hayatnya beliau telah berlakon dalam 66 filem, mengarah 37 filem, mencipta banyak lagu dimana 250 buah lagu telah menjadi popular. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan sakit jantung.   
 (Sumber: Dipetik daripada buku Senandung Warisan, 2004)

 Budiman B. J


Zubir Said


ZUBIR SAID (1907-1987)


Zubir Said dilahirkan pada 22 Julai 1907. Beliau merupakan anak sulung kepada seorang penghulu bernama Mohamad Said bin Sanang. Beliau memulakan karier muziknya di Singapura pada awal tahun 1930 -an dengan kumpulan bangsawan City Opera. Kerjaya sebagai pemimpin Orkestra Studio Malay Film Production (MPF) milik Shaw Brothers bermula pada tahun 1949 di mana beliau banyak menghasilkan lagu-lagu untuk filem. Lebih dikenali sebagai Pak Zubir, beliau dianggap guru kepada ramai penggubah lagu termasuk P. Ramlee. Lagu-lagu ciptaan beliau kebanyakkannya berunsurkan tradisional, moden dan patriotik. Antara lagu-lagu beliau yang popular sehingga hari ini ialah lagu Sayang Disayangnyanyian asal Rubiah dan telah dirakamkan semula oleh Katrina Dahari. Pak Zubir juga menghasilkan lagu-lagu untuk kanak-kanak seperti Semoga Bahagia, Orang Singapura dan satu kejayaan besar dalam hidupnya ialah lagu ciptaan beliau Majulah Singapura telah dipilih sebagai lagu kebangsaan Republik Singapura. Pak Zubir meninggal dunia pada tahun 1987 di Singapura.
 ( Sumber: Dipetik daripada buku P. Ramlee – Erti Yang Sakti, 1999)








ARIFF AHMAD


                Ariff Ahmad ialah seorang yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan merupakan seorang karyawan tamu di Unit Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang kesenian selama 40 tahun dan berkhidmat di Radio Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Malaya, Institut Teknologi Mara dan kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi pensyarah, beliau juga giat menerbitkan album dan filem untuk Radio Malaysia, Filem Negara Malaysia dan Universiti Malaya. Antara lain, beliau telah menerbitkan album sulung gesekan biola solo Hamzah Dolmat, album Gamelan Malaysia dan album Keroncong Selangor.

            Sebagai seorang penggiat seni muzik, beliau amat menggemari seni muzik keroncong. Hasil minat yang mendalam terhadap muzik keroncong, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Seni Muzik Keroncong” dan diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Di dalam buku tersebut beliau menulis mengenai seni muzik keroncong, bentuk asas seni muzik keroncong, perkembangan lagu keroncong, lirik lagu keroncong dan nota lagu keroncong.

            Antara lagu-lagu yang telah beliau hasilkan ialah Alam Ria, Batu Belah, Bukit Kayangan, Bukit Melawati, Bumi Ilhamku, Dalam Ingatanku, Di Kala Senja, Empang Pecah, Jangan Menjeling, Suara Kasih, Yang Dipuja, Siapa Itu, Di Samping Mu dan Tiada Tanda. Semua lagu ini adalah hasil ciptaan beliau dan lagu yang dihasilkan adalah bercorak Melayu.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada buku Seni Muzik Keroncong, 2001)




No comments:

Post a Comment