Sunday, September 29, 2013

Blog Rakan-rakan PPG

Wayang Kulit - Mariam,Salinah,Mariza

Menora - Nizam,Pauzidan,Shukri

Mak Yong - Yusmizan,Irniza

Gamelan - Norlaily,Rohaizah

Tuesday, September 24, 2013

JENIS-JENIS KERONCONG

JENIS-JENIS MUZIK KERONCONG

Terdapat empat jenis keroncong
  • Keroncong Asli
  • Keroncong Langgam
  • Stambul 
    • Stambul 1
    • Stambul 2
  • Keroncong Ekstra
Lagu-lagu keroncong dicipta mengikut jenis-jenis yang sudah ditetapkan iaitu keroncong asli satu dan dua, keroncong langgam, stambul 1 dan 2 dan Keroncong Ekstra.

Keroncong asli hanya menggunakan 28 bar sahaja iaitu tidak termasuk intro dan terdiri dari 3 bahagian. Pada permulaan lagu hanya satu atau dua alat solo sahaja dimainkan dan ianya menggunakan tempo bebas. Penutup lagu ataupun dipanggil coda, ianya sama sahaja dengan permulaan iaitu menggunakan satu atau dua alat solo sahaja. Manakala pada bar ke 8 dan 9 ianya mempunyai selingan. Muzik keroncong asli tidak diulang dan menggunakan 'key major'.

Seterusnya ialah keroncong langgam. Muzik keroncong langgam mempunyai bentuknya tersendiri. Jumlah bar yang terdapat dalam keroncong langgan ialah 32 bar tidak termasuk permulaan dan penutup. Ianya menggunakan tanda masa 4/4, manakala bentuk atau form keroncong langgam ialah A A B A. Ianya berbeza dengan keroncong asli dari segi menggunakan alat semasa permulaan. Keroncong langgam tidak dimulai dengan alat solo dan tidak mempunyai bridge. Keroncong langgam menggunakan tanda nada major atau minor.

Stambul juga dikategorikan dalam jenis-jenis ciptaan. Terdapat 2 jenis stambul iaitu stambul satu dan dua. Jumlah bar yang digunakan oleh stambul satu ialah 16 bar dan menggunakan tanda masa 4/4. Lagu stambul satu tidak begitu terkenal kerana lagunya pendek dan biasanya tidak meninggalkan kesan. Stambul satu menggunakan form A B. Intro dan penutup adalah bebas. Stambul satu dimainkan dengan tempo yang sederhana dan berbunyi sedih.

Stambul dua pula hampir sama dengan stambul satu tetapi jumlah barnya adalah 16x2 iaitu 16 bar pertama di ulang. Stambul dua menggunakan tanda masa 4/4 dan bentuk formnya     A B. Senikatanya berupa rangkap pantun, ada juga yang tidak menggunakan patun sebagai senikata. Ianya bebas menggunakan alat solo atau suara tanpa iringan muzik.

Selain itu, Keroncong ekstra adalah lagu-lagu yang diadaptasikan daripada lagu-lagu tradisional atau rakyat yang sudah ada. Ianya bersifat riang dan jenaka. Keroncong ekstra sangat terpengaruh oleh bentuk-bentuk lagu tradisional. Ianya tidak mempunyai bentuk tertentu pada jumlah bar atau rangkapnya oleh kerana lagu asal boleh diambil dari mana-mana sahaja.


(dipetik dan diubah suai daripada buku seni muzik keroncong- ariff ahmad)

Saturday, August 24, 2013

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, muzik sememangnya memberikan impak yang besar terhadap setiap orang. Tanpa penerusan penggunaan muzik tradisional,suatu hari nanti ia akan lenyap dan ini akan menjadi satu kekesalan .Kita sebagai bakal guru dan bakal ibu bapa seharusnya mempunyai tanggungjawab yang besar dan  memberikan perhatian terhadap perkara ini. Selain itu kita juga hendaklah sentiasa memberi rangsangan dan galakan kepada kanak – kanak ini agar ia dapat menguatkan lagi serta meningkatkan penguasaan muzik tradisional Malaysia.

TOKOH

Gesang R. Maladi


Gesang atau lengkapnya Gesang Martohartono (lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 1 Oktober 1917 – meninggal di Surakarta, Jawa Tengah, 20 Mei 2010 pada umur 92 tahun) adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu asal Indonesia. Dikenal sebagai "maestro keroncong Indonesia," ia terkenal lewat lagu Bengawan Solo ciptaannya, yang terkenal di Asia, terutama di Indonesia dan Jepang. Lagu 'Bengawan Solo' ciptaannya telah diterjemahkan kedalam, setidaknya, 13 bahasa (termasuk bahasa Inggris, bahasa Tionghoa, dan bahasa Jepang)


Gesang tinggal di di Jalan Bedoyo Nomor 5 Kelurahan Kemlayan, Serengan, Solo bersama keponakan dan keluarganya, setelah sebelumnya tinggal di rumahnya Perumnas Palur pemberian Gubernur Jawa Tengah tahun 1980 selama 20 tahun. Ia telah berpisah dengan istrinya tahun 1962. Selepasnya, memilih untuk hidup sendiri. Ia tak mempunyai anak.

Gesang pada awalnya bukanlah seorang pencipta lagu. Dulu, ia hanya seorang penyanyi lagu-lagu keroncong untuk acara dan pesta kecil-kecilan saja di kota Solo. Ia juga pernah menciptakan beberapa lagu, seperti; Keroncong Roda Dunia, Keroncong si Piatu, dan Sapu Tangan, pada masa perang dunia II. Sayangnya, ketiga lagu ini kurang mendapat sambutan dari masyarakat.


Sebagai bentuk 
penghargaan atas jasanya terhadap perkembangan muzik keroncong, pada tahun 1983 Jepang mendirikan Taman Gesang di dekat Bengawan Solo. Pengelolaan taman ini didanai oleh Dana Gesang, sebuah lembaga yang didirikan untuk Gesang di Jepang.

Tahun 2007, Gesdang dirawat di rumah sakit PKU Solo dan menjalani operasi prostat. Di Januari 2010, Gesang masuk rumah sakit kembali, tak lama kemudian Gesang pulang.


Selanjutnya, Gesang masuk rumah sakit Rabu 13 Mei karena gangguan pernafasan dan infeksi kandungan kemih. Minggu, 16 Mei Gesang masuk ICU RSU Solo karena mengalami penurunan tekanan darah. Selasa, 18 Mei Gesang digosipkan meninggal dunia, akan tetapi kabar tersebut ternyata salah.


Lagu-lagu ciptaan Gesang


* Bengawan Solo
* Jembatan Merah
* Pamitan (versi bahasa Indonesia dipopulerkan oleh Broery Pesulima)
* Caping Gunung
* Ali-ali
* Andheng-andheng
* Luntur
* Dongengan
* Saputangan
* Dunia Berdamai
* Si Piatu
* Nusul
* Nawala
* Roda Dunia
* Tembok Besar
* Seto Ohashi
* Pandanwangi
* Impenku
* Kalung Mutiara
* Pemuda Dewasa
* Borobudur
* Tirtonadi
* Sandhang Pangan
* Kacu-kacu



http://kolom-biografi.blogspot.com/2010/06/biografi-gesang-pnecipta-lagu-bengawan.html

PENGAMAL KERONCONG

Selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.



P. Ramlee

P. RAMLEE (1929-1973)


Dilahirkan di   Pulau Pinang pada pagi Rabu, Hari Raya Aidilfitri, 22 Mac 1929, Teuku Zakaria merupakan anak tunggal kepada pasangan Teuku Nyak Puteh dan Che Mah Hussin. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa, seterusnya di Penang Free School sehingga Free School sehingga Perang Dunia Kedua dimana beliau memasuki sekolah tentera Laut Jepun (Kaigun).

Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan  menganggotai pancaragam ‘Sinaran Bintang Sore’ pancaragam ‘Teruna Sekampung’ seterusnya berpindah ke pancaragam ‘Mutiara’ dan menggabungkan diri dengan pancaragam keroncong pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Kariernya dalam bidang seni muzik bermula selepas menang dalam pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dimana beliau dilamar  oleh B.S. Rajhans seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura. Di Studio Malay Film Production, Jalan Ampas Singapura, P. Ramlee ditugaskan sebagai penyanyi latar (playback singer) kepada S.Rommai Noor. Beliau berlakon dalam filem pertamanya iaitu Chintadan diberi peluang untuk mengarah filem pertamanya, Penarik Beca yang membawa anugerah ‘Pengarah Terbaik’ pada tahun 1956.

            P. Ramlee menimba ilmu dalam bidang seni muzik dari komposer veteran seperti Zubir Said, Osman Ahmad dan Yusof B. Selain mencipta dan menggubah lagu, P. Ramlee juga menulis lirik bagi lagu-lagu ciptaannya. Oleh kerana hambatan tugas beliau meminta rakan setugasnya untuk membantu menulis lirik lagu iaitu S. Sudarmaji, Jamil Sulong, H. M. Rohaizad dan muridnya, Yusnor Ef. Airmata Di Kuala Lumpur merupakan lagu perpisahannya sementara Laksamana Do Re Miadalah filem terakhir beliau. Sepanjang hayatnya beliau telah berlakon dalam 66 filem, mengarah 37 filem, mencipta banyak lagu dimana 250 buah lagu telah menjadi popular. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan sakit jantung.   
 (Sumber: Dipetik daripada buku Senandung Warisan, 2004)

 Budiman B. J


Zubir Said


ZUBIR SAID (1907-1987)


Zubir Said dilahirkan pada 22 Julai 1907. Beliau merupakan anak sulung kepada seorang penghulu bernama Mohamad Said bin Sanang. Beliau memulakan karier muziknya di Singapura pada awal tahun 1930 -an dengan kumpulan bangsawan City Opera. Kerjaya sebagai pemimpin Orkestra Studio Malay Film Production (MPF) milik Shaw Brothers bermula pada tahun 1949 di mana beliau banyak menghasilkan lagu-lagu untuk filem. Lebih dikenali sebagai Pak Zubir, beliau dianggap guru kepada ramai penggubah lagu termasuk P. Ramlee. Lagu-lagu ciptaan beliau kebanyakkannya berunsurkan tradisional, moden dan patriotik. Antara lagu-lagu beliau yang popular sehingga hari ini ialah lagu Sayang Disayangnyanyian asal Rubiah dan telah dirakamkan semula oleh Katrina Dahari. Pak Zubir juga menghasilkan lagu-lagu untuk kanak-kanak seperti Semoga Bahagia, Orang Singapura dan satu kejayaan besar dalam hidupnya ialah lagu ciptaan beliau Majulah Singapura telah dipilih sebagai lagu kebangsaan Republik Singapura. Pak Zubir meninggal dunia pada tahun 1987 di Singapura.
 ( Sumber: Dipetik daripada buku P. Ramlee – Erti Yang Sakti, 1999)








ARIFF AHMAD


                Ariff Ahmad ialah seorang yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan merupakan seorang karyawan tamu di Unit Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang kesenian selama 40 tahun dan berkhidmat di Radio Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Malaya, Institut Teknologi Mara dan kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi pensyarah, beliau juga giat menerbitkan album dan filem untuk Radio Malaysia, Filem Negara Malaysia dan Universiti Malaya. Antara lain, beliau telah menerbitkan album sulung gesekan biola solo Hamzah Dolmat, album Gamelan Malaysia dan album Keroncong Selangor.

            Sebagai seorang penggiat seni muzik, beliau amat menggemari seni muzik keroncong. Hasil minat yang mendalam terhadap muzik keroncong, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Seni Muzik Keroncong” dan diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Di dalam buku tersebut beliau menulis mengenai seni muzik keroncong, bentuk asas seni muzik keroncong, perkembangan lagu keroncong, lirik lagu keroncong dan nota lagu keroncong.

            Antara lagu-lagu yang telah beliau hasilkan ialah Alam Ria, Batu Belah, Bukit Kayangan, Bukit Melawati, Bumi Ilhamku, Dalam Ingatanku, Di Kala Senja, Empang Pecah, Jangan Menjeling, Suara Kasih, Yang Dipuja, Siapa Itu, Di Samping Mu dan Tiada Tanda. Semua lagu ini adalah hasil ciptaan beliau dan lagu yang dihasilkan adalah bercorak Melayu.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada buku Seni Muzik Keroncong, 2001)




KOSTUM

Pakaian-pakaian semasa persembahan...








JENIS ALAT MUZIK




Biola

Alat muzik bertali empat ini dimainkan dengan cara digesek dengan alat penggeseknya yang khas. Sebutan biasa alat ini ialah biola. Violin dan Viola mempunyai sedikit perbezaan. Viola lebih besar daripada violin dan bunyi viola lebih kasar. Violin digunakan dalam muzik keroncong sebagai alat melodi.

Flute


Sejenis alat muzik tiupan yang menghasilkan bunyi yang lembut dan gemalai sesuai dengan muzik keroncong.

Gitar

Alat  muzik  bertali  enam  ini digunakan dalam muzik keroncong. Lazimnya dua buah gitar digunakan iaitu sebuah gitar rentak dan sebuah lagi gitar melodi.

Cuk (Alat Asalnya Ukulele)

Sejenis alat muzik bertali empat ini merupakan alat utama muzik keroncong.


Cak (Banjo atau Mandolin)

Alat muzik bertali empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan dalam muzik keroncong untuk meningkah bunyi rentak.


Cello

Alat  muzik  bertali  empat  ini  selalunya  dimainkan  dengan  cara  digesek. Walau bagaimanapun dalam muzik keroncong alat ini dipetik dengan ibu jari sahaja.
Double Bass

Alat muzik paling besar ini mempunyai empat tali. Dalam Orkestra Simfoni alat ini dimainkan secara digesek, tetapi dalam muzik keroncong dimainkan dengan petikan jari sahaja. Untuk muzik keroncong tiga tali sahaja iaitu G, D dan A digunakan
.

  (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Pengantar Muzik Buku II, 1999)

SEJARAH

Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayupada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepangbarongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia.

1. Sejarah keroncong di Indonesia


Menurut Erant Heins ( dalam Harmunah, 1987 : 7 ) sebelum abad XVI, datanglah kapal-kapal Portugis kekepulauan ini. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan hampir diseluruh pelosok Indonesia dan mengembangkan agama katolik. Perdagangan Portugis ini hanya menggunakan kapal-kapal, tetapi menimbulkan perbudakan-perbudakan ( hamba ). Dan akhirnya meninggalakan bekas di Afrika India, Sri Lanka, Malaya (Malaysia ) yang dikenali dengan istilah Indo Portugis dan disebut pula dengan istilah “Portugis Hitam”. Orang-orang hitam ini merupakan keluarga baru yang disebut Mahardika dalam bahasa Sanskrit.


Dalam masa lampau di Eropah, orang-orang memandang bangsa Indo itu sebagai bangsa yang rendah darjatnya dan yang hanya mewarisi tabiat-tabiat tidak baik dari orang tuanya. Pendapat ini ditentang oleh ahli (pakar) dan bukti menyatakan bahwa orang yang berdarah campuran pada umumnya ulung dalam berbagai ilmu, jadi termasuklah orang yang berdarjat tinggi. Pandangan yang salah seperti diatas itulah yang mungkin mempengaruhi tabiat para ahli, sehingga mereka hanya timbul niat untuk menyelidiki apa yang dipandang asli sahaja, dan nyatalah bahwa muzik keroncong kerana sejarahnya diketepikan oleh para ahli muzikologi serta para ahli sejarah muzik ( Tobing dalam Harmunah, 1987: 8 )

Tahun 1511 bangsa Portugis dibawah pimpinan Alfonso d’ Albuquerque merebut Melaka yang waktu itu dipimpin oleh Sultan Alaudin Syah. Setelah 11 tahun berada di Melaka, maka pada tahun 1522 pedagang-pedagang Portugis melanjutkan perjalanannya ke Ternate dan Ambon dan telah singgah dibeberapa pulau. Kerana datang dari jauh mereka kesepian disebabkan berpisah dari ahli keluarganya. Untuk mengisi kesepian tersebut mereka membawa alat muzik ukulele iaitu seperti gitar kecil.. Bunyi yang keluar dari alat tersebut dan nyanyian merdu yang didendangkan oleh pedagang Portugis tersebut terasa asing dan aneh kedengarannya oleh orang-orang pribumi Nusantara, kerana orang pribumi biasa mendengar notasi pentatonik pelog dan slendro sedangkan saat itu yang mereka dengarkan notasi diatonik.
Berbekalkan hanya alat muzik ukulele yang dimulai dari muzik soliter (dimainkan seorang diri), maka berabad –abad kemudian tumbuhlah menjadi muzik keroncong yang kita kenali sekarang. Bermain alat muzik seorang menimbulkan kebosanan, sehingga mereka mulai bermain dengan kawan-kawannya dengan menambah alat muzik yang lain seperti tempurung kelapa, kentung bambu, rebana dan lain-lain. Dengan demikian alat muzik keroncong tidak wujud seperti yang ada sekarang tetapi memerlukan waktu atau evolusi yang sangat panjang.

Dari riwayat singkat tersebut, kita tidak memungkiri bahwa ada unsur muzik kerocong yang berasal dari luar ialah alat muziknya , tetapi bentuk muziknya (muzik keroncong) bukanlah bentuk muzik asing melainkan benar-benar hasil karya nenek moyang kita sendiri. Adapun terjadi adaptasi terhadap bau muzik yang datang dari luar justeru merupakan kreativiti nenek moyang kita yang patut kita hargai.

PENGENALAN

Blog ini adalah hasil kreativiti dan idea 3 pelajar pendidikan muzik dibawah tunjuk ajar En Amran bin Aris. Blog ini merupakan salah satu kehendak tugasan projek bagi kursus Muzik Malaysia
Dalam blog ini, kami akan membincangkan dan mengkaji tentang salah satu muzik traditional yang terdapat di Malaysia iaitu KERONCONG. 

Kami berharap, dengan kewujudan blog ini, keaslian muzik keroncong ini akan dapat dikekalkan dan sedikit sebanyak dapat menarik minat generasi muda pada masa kini untuk mendalami seni muzik keroncong. Semoga muzik traditional Malaysia akan diteruskan lagi ke generasi yang baru.



PROFIL KUMPULAN

                                                                       

LIM KONG CHIAN (2011142360189)



















TAN PEI YI (2011142360202)



















KAN WOAN YING (2011142360188)