Secara kesimpulannya, muzik sememangnya memberikan impak
yang besar terhadap setiap orang. Tanpa penerusan penggunaan muzik
tradisional,suatu hari nanti ia akan lenyap dan ini akan menjadi satu kekesalan
.Kita sebagai bakal guru dan bakal ibu bapa seharusnya mempunyai tanggungjawab
yang besar dan memberikan perhatian
terhadap perkara ini. Selain itu kita juga hendaklah sentiasa memberi
rangsangan dan galakan kepada kanak – kanak ini agar ia dapat menguatkan lagi
serta meningkatkan penguasaan muzik tradisional Malaysia.
Saturday, August 24, 2013
TOKOH
Gesang R. Maladi
Gesang atau lengkapnya Gesang Martohartono (lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 1 Oktober 1917 – meninggal di Surakarta, Jawa Tengah, 20 Mei 2010 pada umur 92 tahun) adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu asal Indonesia. Dikenal sebagai "maestro keroncong Indonesia," ia terkenal lewat lagu Bengawan Solo ciptaannya, yang terkenal di Asia, terutama di Indonesia dan Jepang. Lagu 'Bengawan Solo' ciptaannya telah diterjemahkan kedalam, setidaknya, 13 bahasa (termasuk bahasa Inggris, bahasa Tionghoa, dan bahasa Jepang)
Gesang tinggal di di Jalan Bedoyo Nomor 5 Kelurahan Kemlayan, Serengan, Solo bersama keponakan dan keluarganya, setelah sebelumnya tinggal di rumahnya Perumnas Palur pemberian Gubernur Jawa Tengah tahun 1980 selama 20 tahun. Ia telah berpisah dengan istrinya tahun 1962. Selepasnya, memilih untuk hidup sendiri. Ia tak mempunyai anak.
Gesang pada awalnya bukanlah seorang pencipta lagu. Dulu, ia hanya seorang penyanyi lagu-lagu keroncong untuk acara dan pesta kecil-kecilan saja di kota Solo. Ia juga pernah menciptakan beberapa lagu, seperti; Keroncong Roda Dunia, Keroncong si Piatu, dan Sapu Tangan, pada masa perang dunia II. Sayangnya, ketiga lagu ini kurang mendapat sambutan dari masyarakat.
Sebagai bentuk
penghargaan atas jasanya terhadap perkembangan muzik keroncong, pada tahun 1983 Jepang mendirikan Taman Gesang di dekat Bengawan Solo. Pengelolaan taman ini didanai oleh Dana Gesang, sebuah lembaga yang didirikan untuk Gesang di Jepang.Tahun 2007, Gesdang dirawat di rumah sakit PKU Solo dan menjalani operasi prostat. Di Januari 2010, Gesang masuk rumah sakit kembali, tak lama kemudian Gesang pulang.
Selanjutnya, Gesang masuk rumah sakit Rabu 13 Mei karena gangguan pernafasan dan infeksi kandungan kemih. Minggu, 16 Mei Gesang masuk ICU RSU Solo karena mengalami penurunan tekanan darah. Selasa, 18 Mei Gesang digosipkan meninggal dunia, akan tetapi kabar tersebut ternyata salah.
* Bengawan Solo
* Jembatan Merah
* Pamitan (versi bahasa Indonesia dipopulerkan oleh Broery Pesulima)
* Caping Gunung
* Ali-ali
* Andheng-andheng
* Luntur
* Dongengan
* Saputangan
* Dunia Berdamai
* Si Piatu
* Nusul
* Nawala
* Roda Dunia
* Tembok Besar
* Seto Ohashi
* Pandanwangi
* Impenku
* Kalung Mutiara
* Pemuda Dewasa
* Borobudur
* Tirtonadi
* Sandhang Pangan
* Kacu-kacu
http://kolom-biografi.blogspot.com/2010/06/biografi-gesang-pnecipta-lagu-bengawan.html
Lagu-lagu ciptaan Gesang
* Bengawan Solo
* Jembatan Merah
* Pamitan (versi bahasa Indonesia dipopulerkan oleh Broery Pesulima)
* Caping Gunung
* Ali-ali
* Andheng-andheng
* Luntur
* Dongengan
* Saputangan
* Dunia Berdamai
* Si Piatu
* Nusul
* Nawala
* Roda Dunia
* Tembok Besar
* Seto Ohashi
* Pandanwangi
* Impenku
* Kalung Mutiara
* Pemuda Dewasa
* Borobudur
* Tirtonadi
* Sandhang Pangan
* Kacu-kacu
http://kolom-biografi.blogspot.com/2010/06/biografi-gesang-pnecipta-lagu-bengawan.html
PENGAMAL KERONCONG
Selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.
P. Ramlee |
P. RAMLEE (1929-1973)
Dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Rabu, Hari Raya Aidilfitri, 22 Mac 1929, Teuku Zakaria merupakan anak tunggal kepada pasangan Teuku Nyak Puteh dan Che Mah Hussin. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa, seterusnya di Penang Free School sehingga Free School sehingga Perang Dunia Kedua dimana beliau memasuki sekolah tentera Laut Jepun (Kaigun).
Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan menganggotai pancaragam ‘Sinaran Bintang Sore’ pancaragam ‘Teruna Sekampung’ seterusnya berpindah ke pancaragam ‘Mutiara’ dan menggabungkan diri dengan pancaragam keroncong pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Kariernya dalam bidang seni muzik bermula selepas menang dalam pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dimana beliau dilamar oleh B.S. Rajhans seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura. Di Studio Malay Film Production, Jalan Ampas Singapura, P. Ramlee ditugaskan sebagai penyanyi latar (playback singer) kepada S.Rommai Noor. Beliau berlakon dalam filem pertamanya iaitu Chintadan diberi peluang untuk mengarah filem pertamanya, Penarik Beca yang membawa anugerah ‘Pengarah Terbaik’ pada tahun 1956.
P. Ramlee menimba ilmu dalam bidang seni muzik dari komposer veteran seperti Zubir Said, Osman Ahmad dan Yusof B. Selain mencipta dan menggubah lagu, P. Ramlee juga menulis lirik bagi lagu-lagu ciptaannya. Oleh kerana hambatan tugas beliau meminta rakan setugasnya untuk membantu menulis lirik lagu iaitu S. Sudarmaji, Jamil Sulong, H. M. Rohaizad dan muridnya, Yusnor Ef. Airmata Di Kuala Lumpur merupakan lagu perpisahannya sementara Laksamana Do Re Miadalah filem terakhir beliau. Sepanjang hayatnya beliau telah berlakon dalam 66 filem, mengarah 37 filem, mencipta banyak lagu dimana 250 buah lagu telah menjadi popular. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan sakit jantung.
(Sumber: Dipetik daripada buku Senandung Warisan, 2004)
Budiman B. J |
JENIS ALAT MUZIK
Flute Sejenis alat muzik tiupan yang menghasilkan bunyi yang lembut dan gemalai sesuai dengan muzik keroncong. |
Gitar
Alat muzik bertali enam ini digunakan dalam muzik keroncong. Lazimnya dua buah gitar digunakan iaitu sebuah gitar rentak dan sebuah lagi gitar melodi.
|
Cuk (Alat Asalnya Ukulele) |
Sejenis alat muzik bertali empat ini merupakan alat utama muzik keroncong.
Cak (Banjo atau Mandolin) |
Alat muzik bertali empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan dalam muzik keroncong untuk meningkah bunyi rentak.
Cello |
Alat muzik bertali empat ini selalunya dimainkan dengan cara digesek. Walau bagaimanapun dalam muzik keroncong alat ini dipetik dengan ibu jari sahaja.
Double Bass |
Alat muzik paling besar ini mempunyai empat tali. Dalam Orkestra Simfoni alat ini dimainkan secara digesek, tetapi dalam muzik keroncong dimainkan dengan petikan jari sahaja. Untuk muzik keroncong tiga tali sahaja iaitu G, D dan A digunakan.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Pengantar Muzik Buku II, 1999)
SEJARAH
Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayupada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya.
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia.
1. Sejarah keroncong di Indonesia
Menurut Erant Heins ( dalam Harmunah, 1987 : 7 ) sebelum abad XVI, datanglah kapal-kapal Portugis kekepulauan ini. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan hampir diseluruh pelosok Indonesia dan mengembangkan agama katolik. Perdagangan Portugis ini hanya menggunakan kapal-kapal, tetapi menimbulkan perbudakan-perbudakan ( hamba ). Dan akhirnya meninggalakan bekas di Afrika India, Sri Lanka, Malaya (Malaysia ) yang dikenali dengan istilah Indo Portugis dan disebut pula dengan istilah “Portugis Hitam”. Orang-orang hitam ini merupakan keluarga baru yang disebut Mahardika dalam bahasa Sanskrit.
Dalam masa lampau di Eropah, orang-orang memandang bangsa Indo itu sebagai bangsa yang rendah darjatnya dan yang hanya mewarisi tabiat-tabiat tidak baik dari orang tuanya. Pendapat ini ditentang oleh ahli (pakar) dan bukti menyatakan bahwa orang yang berdarah campuran pada umumnya ulung dalam berbagai ilmu, jadi termasuklah orang yang berdarjat tinggi. Pandangan yang salah seperti diatas itulah yang mungkin mempengaruhi tabiat para ahli, sehingga mereka hanya timbul niat untuk menyelidiki apa yang dipandang asli sahaja, dan nyatalah bahwa muzik keroncong kerana sejarahnya diketepikan oleh para ahli muzikologi serta para ahli sejarah muzik ( Tobing dalam Harmunah, 1987: 8 )
Tahun 1511 bangsa Portugis dibawah pimpinan Alfonso d’ Albuquerque merebut Melaka yang waktu itu dipimpin oleh Sultan Alaudin Syah. Setelah 11 tahun berada di Melaka, maka pada tahun 1522 pedagang-pedagang Portugis melanjutkan perjalanannya ke Ternate dan Ambon dan telah singgah dibeberapa pulau. Kerana datang dari jauh mereka kesepian disebabkan berpisah dari ahli keluarganya. Untuk mengisi kesepian tersebut mereka membawa alat muzik ukulele iaitu seperti gitar kecil.. Bunyi yang keluar dari alat tersebut dan nyanyian merdu yang didendangkan oleh pedagang Portugis tersebut terasa asing dan aneh kedengarannya oleh orang-orang pribumi Nusantara, kerana orang pribumi biasa mendengar notasi pentatonik pelog dan slendro sedangkan saat itu yang mereka dengarkan notasi diatonik.
Berbekalkan hanya alat muzik ukulele yang dimulai dari muzik soliter (dimainkan seorang diri), maka berabad –abad kemudian tumbuhlah menjadi muzik keroncong yang kita kenali sekarang. Bermain alat muzik seorang menimbulkan kebosanan, sehingga mereka mulai bermain dengan kawan-kawannya dengan menambah alat muzik yang lain seperti tempurung kelapa, kentung bambu, rebana dan lain-lain. Dengan demikian alat muzik keroncong tidak wujud seperti yang ada sekarang tetapi memerlukan waktu atau evolusi yang sangat panjang.
Dari riwayat singkat tersebut, kita tidak memungkiri bahwa ada unsur muzik kerocong yang berasal dari luar ialah alat muziknya , tetapi bentuk muziknya (muzik keroncong) bukanlah bentuk muzik asing melainkan benar-benar hasil karya nenek moyang kita sendiri. Adapun terjadi adaptasi terhadap bau muzik yang datang dari luar justeru merupakan kreativiti nenek moyang kita yang patut kita hargai.
PENGENALAN
Blog ini adalah hasil kreativiti dan idea 3 pelajar
pendidikan muzik dibawah tunjuk ajar En Amran bin Aris. Blog ini merupakan salah
satu kehendak tugasan projek bagi kursus Muzik Malaysia
Dalam blog ini, kami akan membincangkan dan mengkaji tentang
salah satu muzik traditional yang terdapat di Malaysia iaitu KERONCONG.
Subscribe to:
Posts (Atom)